Kumpulan wanita Korea Selatan, NewJeans mengumumkan perubahan nama mereka kepada NJZ, berikutan pertikaian berterusan dengan agensi debut mereka, ADOR.
NewJeans memaklumkan bahawa kumpulan mereka kini akan dikenali sebagai NJZ menandakan permulaan fasa yang baharu.
Foto: IG @njz_official
Menerusi akaun Instagram mereka, NJZ turut memperkenalkan gambar profil baru yang menonjolkan sisi karisma dan imej yang lebih dramatik, menandakan perubahan besar dalam imej kumpulan ini.
Minji, Hanni, Danielle, Haerin, dan Hyein secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan terus berkarya di bawah nama baharu ini, yang memberi gambaran jelas tentang keinginan mereka untuk memulakan fasa baru dalam perjalanan muzik mereka.
Ini secara tidak langsung telah menimbulkan diskusi di antara peminat mengenai evolusi yang akan datang dalam muzik dan gaya mereka.
Pada masa yang sama, NJZ telah mengumumkan penamatan kontrak eksklusif mereka dengan ADOR pada 29 November tahun lalu.
Foto: Allkpop
Susulan daripada itu, ADOR telah memfailkan beberapa saman dalam pertikaian kontrak pada Disember dan Januari, mendakwa bahawa kontrak antara ahli kumpulan dan agensi masih sah sehingga Julai 2029.
Untuk makluman, akaun SNS rasmi kumpulan, yang sebelumnya dikenali sebagai @jeanzforfree, kini telah ditukar kepada @njz_official. Begitu juga, akaun SNS yang mewakili ibu bapa ahli kumpulan turut diperbaharui kepada @njz_pr, menggambarkan satu langkah kesatuan dalam identiti kumpulan.
Terkini, NJZ bakal membuat penampilan pertama mereka di ComplexCon Hong Kong pada 21 hingga 23 Mac 2025, di mana mereka akan mempersembahkan lagu terbaru mereka di hadapan peminat buat pertama kali.
Sumber: IG @njz_official
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.