mUZIK HIT TERKINI
Goodday Kidstart dibangunkan untuk mencetuskan cita-cita, membina keyakinan diri, dan membuka potensi anak-anak muda di seluruh negara. Kini memasuki tahun ketiga, program ini meneruskan misinya untuk melengkapkan generasi akan datang dengan kemahiran penting dalam bidang perniagaan, kepimpinan, dan celik kewangan—memberi kuasa kepada minda muda untuk berimpian besar dan memimpin dengan berani. Anda boleh rujuk siaran media di sini untuk maklumat lanjut: https://marketingmagazine.com.my/goodday-kidstart-returns-malaysias-biggest-kidpreneur-programme-is-back/
Jom meriahkan Rewang Budaya@Felda Tenggaroh pada 9 & 10 Ogos 2025 bertempat di Felda Tenggaroh 1, Mersing bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Terdapat pelbagai aktiviti, pameran, jualan, pertandingan dan persembahan kesenian disediakan untuk pengunjung yang hadir. Saksikan juga Malam Nostalgia dengan penampilan khas atis terkenal tanah air Ramlah Ram dengan lagu-lagu yang pasti menggamit memori anda yang hadir. Yok datang beramai-ramai kita semarakkan budaya komuniti kita.