Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

PETANG ERA

PETANG ERA tak akan bagi korang huru hara!! Sebab semua yang extra dan power Haziq & Shasha akan belanja! Semua yang function ada di PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 hingga 8 malam.

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

PETANG ERA Segmen Terkini

PETANG ERA

PETANG ERA tak akan bagi korang huru hara!! Sebab semua yang extra dan power Haziq & Shasha akan belanja! Semua yang function ada di PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 hingga 8 malam.

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Hawa Rizwana Akui Masih Solo, Terbuka Kenal Dengan Siapa Saja

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Mar 2025, 10:49 AM

Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana, 30, menangkis dakwaan kononnya dia sedang menikmati fasa bahagia dengan seseorang.

Memetik laporan Harian Metro, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan atau mesra dipanggil Hawa itu berkata, buat masa ini tiada individu yang spesifik berjaya menambat hati, sebaliknya dia lebih selesa berkawan dengan semua orang.

hawa rizwana akui masih solo, terbuka kenal dengan siapa saja

Foto: Instagram

"Siapa? Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan dengan mana-mana lelaki ke tahap yang lebih serius.

"Saya hanya berkawan dengan semua orang. Setakat ini belum ada lelaki yang istimewa dalam hidup saya," katanya ketika ditemui wartawan.

Dalam pada itu, Hawa menjelaskan fokus utamanya kini bukan memikirkan soal cinta, malah dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya yang dibina

"Bagi saya sekarang masa yang sangat mencabar. Saya sekarang sibuk sebab baru buka perniagaan sendiri.

"Jadi, nak fokus pada hubungan istimewa itu susah dan belum ada yang boleh terima perkara itu.

hawa rizwana akui masih solo, terbuka kenal dengan siapa saja

Foto: Instagram

Namun begitu, Hawa menjelaskan bahawa dirinya terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa, dan sentiasa berharap sekiranya terdapat calon yang sesuai buat dirinya nanti

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

ads-with-us ads-with-us ads-with-us