Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Takde Pendapatan Tetap Tapi Still Boleh Beli Rumah Pertama? Ini Yang Korang Kena Tahu!

Berita baik untuk pembeli rumah pertama!
Hanafis Haris
12 Mar 2025, 02:32 PM

Artikel ini ditaja oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)

Sekeluarga gembira berjaya memiliki kunci rumah

Kredit: Canva (@seventyfour & @oduaimages)

Nak miliki rumah sekarang bukan mudah, harga makin lama makin mahal dan itu pun belum masuk jumlah deposit 10% yang perlu dibayar. 😓

Tapi tak apa, chill je, ada tips yang patut korang tahu sebelum membuat keputusan membeli rumah pertama? 

3 Perkara Korang Patut Tahu Sebelum Beli Rumah! 

#1 Kenal Pasti Jenis Rumah & Semak Kelayakan Pinjaman!

Pastikan survey rumah yang sesuai dengan kemampuan kewangan dan selepas itu korang kena semak kelayakan pinjaman terlebih dahulu. 


Paling mudah boleh guna Home Calculator atau kunjungi terus bank-bank di seluruh Malaysia atau melalui khidmat Perunding Hartanah (REN).

#2 Sediakan Dokumen Untuk Mudahkan Urusan Pinjaman!

Sediakan dokumen sokongan seperti penyata akaun bank, lesen perniagaan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli dan aktiviti perkhidmatan.

Korang boleh check out sini untuk senarai dokumen.

#3 Paling Penting, Sediakan Deposit Rumah 10 Peratus!

Modal deposit bagi pembelian rumah adalah 10% dari harga jualan rumah (SPA) dan modal 5% bagi urusan lawyer serta lain-lain. 

Contohnya kalau nak RM300,000, kena lah standby deposit rumah sebanyak RM30,000! 

Mahal kan? Yup, deposit ini lah yang selalunya menjadi cabaran terbesar buat bakal pemilik rumah.

Macam mana kalau kita tak dapat sediakan deposit sebanyak itu? 

Beli Rumah Tanpa Wang Pendahuluan Dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) 

Yup! Korang tidak perlukan bayaran duit muka ataupun deposit jika menggunakan skim SJKP!

Apa itu SJKP? 

SJKP merupakan sebuah badan yang disokong oleh kerajaan Malaysia menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan untuk pastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM10 bilion kepada SJKP bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, khususnya buat golongan B40 dan M40.

SJKP membantu dengan cara menjadi ‘guarantor’ kepada pihak bank bagi membolehkan bank memberi pembiayaan perumahan korang.

Apa Yang Ditawarkan SJKP? 

Skim pinjaman SJKPKredit: SJKP

Skim SJKP merangkumi pembiayaan:

  • Sehingga RM500,000 termasuk kos rumah dan kos-kos tambahan seperti yuran guaman
  • Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA) atau Takaful Gadai Janji (MRTT)
  • Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) dan yuran penilaian
  • Jaminan pembiayaan melebihi 100 peratus pinjaman anda daripada bank, dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun

Selain itu ada juga SJKP-MADANI:

  • Sesuai untuk mereka yang ingin membeli rumah berharga tak lebih RM300,000
  • Jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus termasuk harga rumah, sedikit dengan tambahan untuk pengubahsuaian dan perabot, serta yuran guaman, yuran penilaian, MRTT/MRTA dan LTHO.

Secara ringkasnya, proses pinjaman korang untuk memiliki rumah jadi lebih mudah! 

Siapa Layak Mohon Skim Jaminan Kerajaan? Macam Mana Nak Apply? 

Syaratnya mudah je:

  1. Bayaran pinjaman bulanan tidak melebihi 65 peratus pendapatan kasar bulanan
  2. Tiada rekod CCRIS tertunggak melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan
  3. Tiada rekod-rekod kredit lain yang negatif.
  4. Untuk pembeli rumah pertama sahaja

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan cara memohon boleh check out 👉 www.sjkp.com.my/

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us