Episod perbalahan antara Ellie Suriaty dan pempengaruh, Imran Bard yang menjadi perbualan netizen baru-baru ini dianggap sebagai satu contoh buli siber di media sosial.
Pengguna media sosial dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memikirkan implikasi setiap komen atau reaksi yang ditinggalkan di setiap ruangan perkongsian.
Perkara ini mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

“Tanpa disedari, kita boleh menyumbang kepada buli siber jika tidak berhati-hati membuat sesuatu komen atau reaksi dalam media sosial.”
Beliau turut berpesan bahawa agama dan budaya kita menitikberatkan adab dan kesusilaan dalam berkomunikasi, termasuklah ketika berinteraksi di atas talian.
Azmir turut mendedahkan bahawa pihak Finas menerima panggilan daripada Ellie, 54, yang meluahkan kekecewaan dan perasaan sedih dengan apa yang terjadi.
“Ellie ada menghubungi saya dan meluahkan perasaan sedih serta terkilan mengenai isu ini.”
Beliau berharap agar kemelut ini diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak dan isu ini dijadikan tauladan kepada masyarakat agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan media sosial.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.