Tahun lalu, seorang lelaki berusia 70 tahun mendapat perhatian dunia kerana minatnya yang terlampau pada siri permainan Pokemon Go, hingga mempunyai lebih 11 telefon pintar dipasangkan pada basikalnya.


Itu cerita tahun lalu, kini uncle Chen San Yuan telah menambah koleksi telefon pintarnya kepada 21 buah telefon yang disambungkan pada 21 akaun dan dipasangkan kepada sebuah basikalnya.

Dikenali sebagai Pokemon master, uncle Chen akan mengembara sekitar bandar Taiwan untuk bermain permainan Pokemon Go.


Ditanya mengapa beliau terlalu obses dengan permainan Pokemon Go ini, jawabnya kerana beliau boleh menambah kenalan, menikmati suasana sekeliling, dan juga dapat mengurangkan penyakit Alzheimer nya.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.