
Foto: Instagram
Datuk Hans Isaac telah dilantik semula sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), bermula 26 Mac.
Berita menggembirakan ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, melalui akaun Instagram rasmi Finas.

Foto: Instagram
Hans pernah memegang jawatan yang sama pada 2019, namun mengumumkan pembatalan kontrak pada 8 April 2020.
Pada 2023, beliau dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), namun memaklumkan bahawa beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut sejak 20 Mac lalu.
Sementara itu, kontrak Datuk Kamil Othman yang menjawat jawatan Pengerusi Finas selama dua tahun berakhir pada 22 Februari lalu, dan beliau kini dilantik sebagai Penasihat Industri kepada Finas bermula 17 Mac lalu.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.