
Kredit: Canva (@gettysignature & @pixabay)
Korang tahu tak sebenarnya ada perfume yang dicipta bukan untuk menjadi wangi? Atau bahasa mudahnya bukan berbau awam?
Yup! Kalau sebelum ini ERA kongsikan tiga minyak wangi yang agak ‘disturbing’, kali ini kami kongsikan lagi tiga untuk ‘tatapan’ korang semua! 😉
#1 Sombre Strangers
Melihat pada notes perfume daripada Thailand ini saja sudah seram, inikan pula menghidunya.
Sombre Strangers mengeluarkan bau yang agak ‘dirty’ dan ‘animalic’. Bahasa mudahnya bau binatang. Lebih teruk lagi, ada juga yang menggambarkan bau perfume ini seperti najis.
Pun begitu, bau sebegini sememangnya ada peminat tersendiri yang menyukai konsep seperti ini.
#2 Seminalis, Orto Parisi
Perfume ini bermula dengan bau yang agak ‘powdery’ seperti bedak talkum. Ketika ini ia boleh dikatakan agak wangi tetapi sedikit klasik.
Namun ia perlahan-lahan berubah menjadi sedikit hamis, sekali gus membuatkan sesiapa yang menghidunya agak serba salah.
Tapi apa yang lebih menariknya tentang perfume ini, bau Seminalis ini sebenarnya diinspirasikan daripada bau dikeluarkan sel telur wanita untuk menarik sel reproduksi lelaki.
#3 Di Dalam Liang Kubur, Ataraksia
Dari segi bau, perfume ini tidaklah terlalu ‘disturbing’ kerana korang berkemungkinan akan menghidu bau seperti debu, asap dan seolah-olah bau tanah.
Namun, apabila menghidu sambil menggambarkan liang kubur itu sendiri, berkemungkinan ia boleh membangkitkan ‘keseraman’ terhadap sesetengah individu.
Jadi antara ketiga-tiga ini, mana yang paling korang suka?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.