Kredit: Canva (@gettyimages & @soupstock)
Korang tahu tak sebenarnya ada perfume yang dicipta bukan untuk menjadi wangi? Yup, ada perfume yang dicipta atas tujuan ‘seni’ dan kepuasan deria bau atau ‘olfactory’.
Malah, ada bau yang dicipta agak ‘disturbing’.
Kami senaraikan beberapa perfume yang mungkin agak pelik buat hidung kita semua!
#1 Toskovat Inexcusable Evil
Inexcusable Evil daripada Toskovat ini diinspirasikan daripada kesalahan manusia. Perfume ini dikatakan membawa pengalaman deria bau kita seolah-olah berada tengah-tengah medan perang.
Menarik kan? Namun hakikatnya perfume ini berbau darah, konkrit, dan kemenyan.
Kredit: Fragrantica
Walaupun baunya dikatakan tidak sesuai untuk dipakai, namun perfume ini sold out worldwide dan kini menjadi buruan pencinta minyak wangi!
#2 Secretions Magnifiques Etat Libre d'Orange
Bayangkan bau besi metalik sambil ditemani bau susu berlemak yang hampir basi. Itulah gambaran mengenai bau perfume ini.
Pada awalnya, perfume ini berbau agak wangi dengan bau bunga iris yang ‘velvety’. Namun keindahan itu tidak kekal lama apabila perfume ini bertukar menjadi sungguh meloyakan.
Kredit: Fragrantica
Ada yang kata perfume ni berbau air liur, bau susu basi dan tidak kurang juga ada menggambarkan ia sebagai bau telur dan ikan yang hanyir.
#3 Sadonaso Nasomatto
Pernah terfikir tak perfume yang berbau tandas awam? Yes inilah perfume yang dikatakan mempunyai vibe tandas awam.
Kenapa tandas awam? Sebab kebanyakan tandas awam lebih berbau hancing daripada di rumah. Jadi secara umumnya, ramai mendakwa perfume ini berbau air kencing.
Kredit: Fragrantica
Namun, biarpun mendapat banyak reaksi negatif, ada juga yang menyukai bau ini. Ada yang dapat bau madu, bau rempah dan sedikit ‘animalic’.
Ini baru tiga, next kami akan senaraikan lagi perfume berbau pelik yang mungkin tak tercapai akal! 😉
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.