Korang semua mesti janji dengan JoHaRa ok? Bangun setiap 6 pagi, buka radio dan layan je JoHaRa ni confirm pecah perut weh! Setiap Isnin hingga Jumaat jom bersarapan bersama Johan, Haniff dan Ray sambil mendengar segmen sarapan No. 1 di Malaysia, JoHaRa Pagi ERA!
Korang semua boleh berinteraksi dengan JoHaRa setiap pagi dengan menghantar whatsapp ke Whatsapp ERA DIGI di talian 016-5127777 atau terus ke fb.era.je untuk menghantar terus komen anda di situ ataupun, letak #JoHaRa dan hantar tweet anda ke @ERAdotje. Kalau nak tahu apa aktiviti harian Johan, Haniff dan Ray, mestilah kena dengar JoHaRa!
7:00 & 8.00 Pagi
Sketsa JoHaRa
Geletek minda dan bergelak ketawalah dengan Sketsa JoHaRa. Ada saja bahan yang dilakonkan oleh Johan, Haniff dan Ray, anda pasti tak kering gusi mendengar telatah lucu mereka!
7:30 Pagi
Spontan ERA
Segmen ini dibawa dari sebuah program TV ke radio! Anda boleh bermain 3 permainan bersama JoHaRa - Pantun Dua Kerat, Soal-Menyoal dan Ayat Penyata! Dan setiap hari Jumaat pula, Spontan dalam bahasa Inggeris! Nak bermain bersama kami? Hantar mesej ke 016-5127777.
7:50 Pagi
Mak Jemah
Siapa yang mari? Mak Jemah lah........ Jangan miss layan gosip mosip terkini dari Mak Jemah setiap hari di JoHaRa Pagi ERA setiap Isnin hingga Jumaat.