Penyanyi, Adira Suhaimi telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red pada Oktober lalu.
Namun menerusi Instagram suaminya itu, kelihatan satu paparan mesej perbualan seorang wanita yang dikenali sebagai Fira memberitahu bahawa Adira mungkin akan menarik semula permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.
"Alhamdulillah... Adira nak tarik balik perceraian itu, Adira rasa untuk anak-anak, Adira tak nak bercerai. Terima kasih Fira," tulis pada paparan skrin perbualan tersebut.
Walaubagaimana pun, masih tiada pengesahan rasmi daripada penyanyi ini berhubung mesej tersebut.
Sumber: Instastory Datuk Red
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.