Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025


Pendidikan

Tarikh : 27 Apr 2025 -02 May 2025
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : DEWAN 2020 KANGAR PERLIS
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 PAGI - 10.30 MALAM
Individu Untuk Dihubungi : RASHIDI BIN SALLEH
Nombor Telefon : 0174668345
Email : rashidi.salleh@islam.gov.my
Laman Web: www.islam.gov.my
Harga Tiket : PERCUMA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M yang akan berlangsung pada 27 April 2025 hingga 02 Mei 2025 di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 April 2025 jam 9.00 malam dan majlis penyampaian hadiah oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pada 2 Mei 2025 di lokasi dan masa yang sama.

KL Braille Open Day


Pesanan Khidmat Masyarakat

Tarikh : 10 May 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : 2.03 Kompleks Selayang Capitol B21, Taman Selayang Jaya
Target Penonton : Umum
Masa : 11.00 pagi - 3.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : KL Braille Resources
Nombor Telefon : 0340322111
Email : kl.braille.resource@gmail.com
Laman Web: https://klbraille.blogspot.com/
Harga Tiket : Percuma

KL Braille Resources menjemput para OKU serta ahli keluarga untuk hadir ke KL Braille Open Day di mana pengisian penting ialah penerangan dan pameran kemudahan buku braille serta teknologi keperluan khas OKU. Makan dan minum disediakan untuk para pengunjung. Untuk hadir, sila berdaftar dengan kami di talian 03-4032 2111.

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KESIHATAN


Karnival

Tarikh : 17 May 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Target Penonton : Umum
Masa : 7.30 PAGI - 5.00 PETANG
Individu Untuk Dihubungi : Siti Norlizawati
Nombor Telefon : -
Email : info@yayasanmihrab.org.my
Laman Web: https://yayasanmihrab.org.my/
Harga Tiket : PERCUMA

Karnival ini merupakan inisiatif Yayasan Mihrab dalam menyahut Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan). Melalui pendekatan bersepadu, program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada ibu bapa mengenai intervensi dan sokongan untuk anak-anak berkeperluan khas, serta memperkasa potensi kanak-kanak dan remaja menerusi aktiviti pendidikan tidak formal yang menyeluruh. Selain itu, karnival ini juga berfungsi sebagai platform kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, NGO dan komuniti setempat dalam usaha mengenal pasti potensi individu bagi program susulan seperti bantuan kebajikan, pendidikan dan keusahawanan.

Karnival Pendidikan & Kesihatan


Pendidikan

Tarikh : 17 May 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, Selangor
Target Penonton : Umum
Masa : 7.30 pagi - 5.30 petang
Individu Untuk Dihubungi : Yayasan Mihrab
Nombor Telefon : 011-1963 2876
Email : info@yayasanmihrab.org.my
Laman Web: https://yayasanmihrab.org.my/
Harga Tiket : Percuma

Warga Gombak, jom ke Karnival Pendidikan & Kesihatan anjuran Yayasan Mihrab pada Hari Sabtu, 17 Mei 2025, bertempat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak Selangor dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga seperti Pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma, pertandingan mewarna, persembahan nasyid, aktiviti robotik, memanah, booth makanan, minuman dan jualan! Sertai ceramah isu semasa bersama penceramah profesional dan sesi perkongsian ilmu keibubapaan serta pendidikan terkini. Masuk adalah PERCUMA! Jangan lepaskan peluang, jumpa kami di Karnival Pendidikan & Kesihatan 17 Mei 2025!

Pesa Koko Antarabangsa Malaysia 2025


Karnival

Tarikh : 24 May 2025 -27 May 2025
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Sabtu
Lokasi : Sabah International Convection Centre
Target Penonton : Umum
Masa : 9 pagi - 8 malam
Individu Untuk Dihubungi : Syazmin Asyraff Rahim
Nombor Telefon : -0133176035
Email : syazmin@orlaithinc.com
Laman Web: https://micf.koko.gov.my/
Harga Tiket : Percuma

Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2025 akan berlangsung dari 24 hingga 27 Mei 2025 di SICC, Sabah. Dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia, acara ini menampilkan pelbagai jenis coklat tempatan dan antarabangsa. Sertai kami menerokai dunia coklat yang menakjubkan!

Karnival Kesihatan Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia UKM 2025


Kesihatan

Tarikh : 31 May 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Muhammad Yusuf bin Abu Shamsi
Nombor Telefon : 0391457323
Email : nefrologi@hctm.ukm.edu.my
Laman Web: https://www.facebook.com/profile.php?id=61562426725662 (Facebook Nephrology HCTM)
Harga Tiket : Percuma

Sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia tahun ini, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Kolej Ibu Zain akan menganjurkan satu program komuniti bertemakan kesedaran kesihatan buah pinggang. Program ini akan diadakan pada hari Sabtu, 31 Mei 2025, bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain UKM Bangi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival yang padat dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Antara pengisian utama yang akan berlangsung termasuk saringan kesihatan percuma, semakan kumpulan darah, serta kempen kesedaran mengenai pendermaan organ. Para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai forum kesihatan yang menampilkan pakar-pakar perubatan bagi menjawab pelbagai persoalan berkaitan penjagaan buah pinggang dan kesihatan am. Selain itu, satu sesi demonstrasi masakan sihat bersama Chef Ezani, juara MasterChef Malaysia, turut dijadualkan sebagai tarikan utama karnival ini. Terdapat juga pameran interaktif oleh pelbagai jabatan dan organisasi, serta aktiviti 'explorace' dengan hadiah utama bernilai RM750. Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik juga menanti para pengunjung yang hadir. Kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Orang ramai digalakkan untuk membawa ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menyemarakkan lagi sambutan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03-9543 8888 atau lawati era.syok.my

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara, sila e-mel kepada kami di helloera@astro.com.my atau faksimili di talian 03-9543 5675.

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.
ads-with-us ads-with-us ads-with-us