Pelanjutan Waktu Operasi Klinik Kesihatan
Pesanan Khidmat Masyarakat
Tarikh : 04 Jun 2023 -04 Sep 2023
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : KK Mahmoodiah - Johor Bahru, KK Taman Ehsan - Kepong, KK Ampang - Ampang, KK Kuala Lumpur - Kuala Lumpur dan KK Greentown, Ipoh
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 9.30 malam
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Zaki Bin Abdul Rahim
Nombor Telefon : 0388834574
Email : mzaki_ar@moh.gov.my
Laman Web: https://www.infosihat.gov.my
Harga Tiket : percuma
Berita baik. Kementerian Kesihatan Malaysia komited dalam mengurangkan kesesakan dan tempoh menungggu lama di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital. Terdapat 5 Klinik Kesihatan telah melanjutkan waktu operasi 7 hari seminggu, bermula jam 8.00 pagi hingga 9.30 malam. Projek rintis ini bermula pada 4 Jun 2023 hingga 4 September 2023. Pendaftaran akhir adalah pada jam 9.00 malam. Tarikh mula operasi dan Klinik Kesihatan yang terlibat adalah seperti berikut:
i. KK Mahmoodiah - 4 Jun 2023
ii. KK Taman Ehsan – 8 Jun 2023
iii. KK Ampang – 8 Jun 2023
iv. KK Kuala Lumpur - 8 Jun 2023
v. KK Greentown – 8 Jun 2023
PENGAMBILAN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA PAGOH SESI OGOS 2023
Pendidikan
Tarikh : 08 Jun 2023 -07 Aug 2023
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis
Lokasi : Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh
Target Penonton : Umum
Masa : 8 Pagi-5 petang
Individu Untuk Dihubungi : Mohammed Nuratiq bin Azman
Nombor Telefon : 06-9737836
Email : mnuratiq.azman@kbs.gov.my
Laman Web: kemahiran.kbs.gov.my
Harga Tiket : Percuma
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh dibawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pengambilan sesi ogos 2023. IKTBN Pagoh menawarkan pengajian di peringkat Diploma secara PERCUMA bagi bidang Permesinan Am, Bidang Kimpalan, Bidang Alatan dan Acuan dan Bidang Mekanik Industri. Syarat kemasukan hanyalah tamat tingkatan 5. Elaun, Asrama, dan Makan disediakan secara Percuma. Berminat boleh hubungi Pegawai Pengambilan, ditalian 01125779448 atau 0182584018. Boleh juga singgah di Page Facebook IKTBN Pagoh bagi yang berminat.
Pertandingan Mencipta Lagu Kuala Lumpur 2023
Seni & Hiburan
Tarikh : 07 Aug 2023 -20 Oct 2023
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Dewan Banadaraya Kuala Lumpur
Target Penonton : Umum
Masa : 12.00 am - 11.59 pm
Individu Untuk Dihubungi : Fatin Noor Syahirah binti Hussin
Nombor Telefon : 012-2842139
Email : mediadbkl@gmail.com
Laman Web: https://www.dbkl.gov.my/
Harga Tiket : Percuma
PERTANDINGAN LAGU KUALA LUMPUR kini kembali. Kepada semua warga negara Malaysia yang berbakat dalam penulisan muzik dijemput untuk menyerlahkan bakat anda. Maklumat lanjut sila imbas QR Kod atau klik
https://shorturl.at/nDEX2
Jangan lepaskan peluang ini. Hadiah lumayan menanti anda!!!!
Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi
03-9543 8888 atau lawati
era.syok.my
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara, sila e-mel kepada kami di
helloera@astro.com.my atau faksimili di talian
03-9543 5675.
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.