← Back to list
Ranking AFC : Malaysia Di Tangga Ke-5 Asia Timur
Feb 21, 2025
Ranking AFC : Malaysia Di Tangga Ke-5 Asia Timur
Malaysia naik 1 anak tangga untuk duduki tempat ke-5 dalam ranking Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC bagi Asia Timur.
Ia hasil kemenangan JDT ke atas Pohang Steelers pada aksi terakhir kumpulan ACL Elite sekali gus melayakkan skuad Harimau Selatan ke pusingan 16 Terbaik.
Keputusan itu juga meletakkan Malaysia di tangga ke 10 Asia.
Kerajaan peruntukkan RM20 juta untuk pembangunan 8 sukan
RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan 8 jenis sukan yang berpotensi raih pencapaian membanggakan pada Sukan Olimpik.
Menteri Belia Dan Sukan berkata ia bertujuan untuk pembangunan bakat, mengenal pasti atlet di semua peringkat, menghantar mereka ke pertandingan dan melahirkan pelapis masa depan.
8 sukan tersebut ialah terjun, renang, badminton, berbasikal, memanah, olahraga, skuasy, dan taekwondo.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi