← Back to list
Aaron-Wooi Yik muncul naib juara Terbuka China!
Jul 28, 2025
Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul naib juara badminton Terbuka China.
Ini selepas beregu lelaki nombor satu negara itu tewas kepada gandingan Indonesia dengan straight set.
Ia sekali gus menyaksikan Aaron dan Wooi Yik tewas dalam kesemua enam penampilan final kejohanan Super 1000 yang mereka sertai.
__
Kemarau 34 tahun skuad takraw negara untuk menjulang kejuaraan dalam acara regu berpasukan berterusan.
Ini selepas skuad negara tewas 0-2 kepada musuh tradisi, Thailand pada aksi final Piala Raja Thai.
Kali terakhir Malaysia bergelar juara dalam acara itu adalah pada temasya Sukan SEA 1991 di Manila.
__
Dan, pasukan bola sepak wanita England pertahankan kejuaraan Eropah, selepas tewaskan Sepanyol pada aksi final Euro 2025.
England tewaskan juara dunia itu 3-1 menerusi penentuan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi