← Back to list
Kerajaan Umum 20 Sukan Teras Prestasi Tinggi
Apr 15, 2025
Kerajaan tetapkan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi untuk pacu pembangunan sukan negara yang lebih cekap.
Timbalan Perdana Menteri berkata pemilihan sukan teras adalah berdasarkan prestasi pada kejohanan antarabangsa, pengurusan sukan dan program pembangunan atlet.
Tambah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, senarai yang dikeluarkan itu akan dinilai semula setiap empat tahun mengikut kitaran temasya Sukan Olimpik.
Untuk rekod, antara jenis sukan yang terlibat ialah akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, skuasy dan wushu.
.....
Persatuan Badminton Malaysia mengumumkan senarai 20 pemain yang akan galas cabaran negara ke Piala Sudirman hujung bulan ini.
Antaranya termasuk dua beregu lelaki Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei – Nur Izzuddin serta beregu wanita Pearly Tan – M. Thinaah.
.....
Aksi tunggal EPL menyaksikan, Bournemouth tewaskan Fulham 1-0.
......
Sementara itu, Atletico Madrid tewaskan Real Velladolid 4-2 pada aksi La Liga.
.....
Akhir sekali, legenda Real Madrid dan Croatia, Luka Modric jadi salah seorang pemilik Swansea City selepas membeli sebahagian saham kelab tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi