← Back to list
Piala Dunia Kelab: PSG & Real Mara ke Separuh Akhir
Jul 06, 2025
Negeri Sembilan Antlers mara ke final selepas tewaskan Perak Bison 2-0 dalam kancah Premier, Liga Sepak Takraw 2025 di GP Negeri Sembilan
Pasukan tuan rumah akan bertemu juara Kumpulan A, Johor Tigris hari ini.
Saksikan STL Premier GP Negeri Sembilan secara langsung malam ini di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
---
Real Madrid tumpaskan Borussia Dortmund 3-2 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Kelab.
Ini bermakna Real mara ke separuh akhir dan akan menentang PSG yang kalahkan Bayern Munich 2-0.
---
Arena bola sepak tempatan dilanda kesedihan susulan pemergian penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed malam tadi.
Allahyarham dilapor rebah ketika beraksi dalam perlawanan melibatkan legenda bola sepak Pulau Pinang dan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.
---
Hasrat skuad Malayan Tigress untuk tempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia Wanita 2026 berkecai.
Ini selepas pasukan negara dibelasah gergasi bola sepak wanita Asia, Korea Utara 0-6 pada aksi terakhir Kumpulan H.
---
MFL sahkan kelab DPMM FC akan tanggung sepenuhnya kos perjalanan semua pasukan Liga Super yang bertandang ke Brunei bagi hadapi perlawanan menentang mereka dalam saingan musim 2025/2026.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi