← Back to list
Real Madrid Mara Ke Pusingan 16 Terbaik
Feb 20, 2025
Real Madrid Mara Ke Pusingan 16 Terbaik
Real Madrid tempah slot ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara!
Ini selepas juara bertahan itu tundukkan Manchester City 3-1 pada aksi timbal balik playoff pagi tadi sekaligus mara dengan agregat 6-3.
Kylian Mbappe muncul wira apabila jaringkan hatrik untuk Real pada perlawanan itu.
Keputusan lain menyaksikan,
Borussia Dortmund seri tanpa jaringan dengan Sporting Lisbon,
PSG belasah Brest 7-0,
Dan, PSV Eindhoven kalahkan Juventus 3-1.
Borussia Dortmund, PSG dan PSV Eindhoven turut mara ke pusingan 16 terbaik dengan kelebihan agregat.
Tunggu keputusan akhir tentang pertembungan 16 terbaik ACL Elite
Tunggu keputusan akhir.
Itu reaksi Setiausaha Agung AFC berhubung status pasukan lawan JDT untuk pusingan 16 terbaik ACL Elite bulan depan selepas Shandong Taishan tarik diri daripada kejohanan itu.
Jelas Datuk Seri Windsor Paul kepada Astro Arena, keputusan akhir akan ditentukan sebaik tamat kesemua perlawanan peringkat kumpulan.
Terdahulu, AFC sahkan Shandong Taishan dianggap tarik diri daripada kejohanan itu selepas tidak hadir pada aksi terakhir kumpulan menentang Ulsan Hyundai, semalam.
Keputusan mengejut itu sekaligus boleh mengubah kedudukan carta termasuk perubahan bagi pertembungan pusingan 16 terbaik yang akan berlangsung bulan depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi