← Back to list
Juara Terbuka Thailand Kini Fokus Masters Malaysia
May 19, 2025
Juara Terbuka Thailand Kini Fokus Masters Malaysia
Fokus Pearly Tan -M.Thinaah kini terarah kepada saingan badminton Masters Malaysia yang akan bermula esok.
Beregu wanita negara itu berharap dapat pamer persembahan terbaik untuk tebus kekecewaan kandas pada separuh akhir bagi edisi tahun lalu.
Pearly-Thinaah baru sahaja menjuarai Terbuka Thailand semalam sekaligus cipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara memenangi kejohanan itu.
Sementara itu, Aaron Chia Soh Wooi Yik tekad lakukan yang terbaik di depan penyokong sendiri menjelang badminton Masters Malaysia.
Beregu lelaki negara itu akan buka tirai kejohanan tersebut menentang gandingan Taiwan pada pusingan pertama.
Semalam, Aaron-Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand yang juga gelaran kedua mereka musim ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi