← Back to list
JDT Mara Ke Pusingan 16 Terbaik ACL Elite
Feb 19, 2025
JDT Mara Ke Pusingan 16 Terbaik ACL Elite
JDT tempah slot ke pusingan 16 terbaik ACL Elite!
Skuad Harimau Selatan benam kelab Korea Selatan, Pohang Steelers 5-2 pada aksi terakhir kumpulan A.
Gol-gol JDT dijaringkan Oscar Arribas, Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi, Jese Rodriguez dan Jorge Obregon.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan JDT tamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ke-4.
Menanti JDT pada pusingan 16 terbaik bulan depan adalah satu lagi kelab Korea Selatan, Gwangju FC.
Bayern Tempah Slot Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara
Alphonso Davies muncul wira Bayern Munich!
Ini selepas pemain pertahanan itu jaringkan gol pada minit terakhir waktu kecederaan untuk bantu Bayern Munich seri 1 sama dengan Celtic pada aksi playoff Liga Juara-Juara pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Bayern mara ke pusingan 16 terbaik dengan agregat 3-2.
Aksi lain berkesudahan,
AC Milan seri 1 sama dengan Feyenoord sekali gus tersingkir dengan agregat 1-2,
Club Brugge benam Atalanta 3-1 untuk mara dengan agregat 5-2,
Manakala Benfica mara dengan agregat 4-3 selepas seri 3 sama dengan Monaco.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi