← Back to list
Ronaldo tandatangan kontrak termahal dalam sejarah sukan!
Jun 27, 2025
Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan!
Bintang bola sepak itu melanjutkan kontraknya bersama kelab Al-Nassr dengan nilai hampir 500 juta pound untuk tempoh dua tahun.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan lamanya mengenai masa depan bintang Portugal itu, yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain.
__
Erling Haaland catat jaringan gol ke-300 ketika bantu Manchester City membenam Juventus 5-2 pada aksi terakhir kumpulan Piala Dunia Kelab.
Kemenangan itu menyaksikan City satu-satunya pasukan yang memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan sekaligus mara ke pusingan 16 terbaik.
Sementara itu, Real Madrid tamatkan aksi kumpulan H sebagai juara selepas tundukkan Salzburg 3-0.
Al-Hilal pula tewaskan Pachuca 2-0 untuk duduki tangga kedua kumpulan.
Real seterusnya akan berdepan Juventus pada aksi pusingan 16 terbaik manakala Al-Hilal bertemu juara kumpulan G, Manchester City.
__
Dan K Letshanaa menjadi wakil tunggal yang mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Amerika selepas tewaskan pemain India.
Pemain perseorangan wanita negara itu dijadualkan berdepan satu lagi wakil dari India, hari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi