← Back to list
4 lagi kelab mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab!
Jun 24, 2025
Empat lagi kelab sahkan kemaraan ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab di Amerika, pagi tadi.
PSG dan Botafogo mara daripada kumpulan B, namun Atletico Madrid tersingkir.
Manakala Palmeiras dan Inter Miami pula akan mewakili kumpulan A.
Lebih menarik, bintang Inter, Lionel Messi dijadualkan berdepan kelab lamanya, PSG di pusingan kalah mati, Isnin depan.
__
Seluruh Asia Tenggara masih bergelut untuk mencapai sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam kepimpinan badan-badan sukan.
Menteri Belia dan Sukan berkata ia memerlukan pelan tindakan yang jelas dan terikat masa untuk memastikan agenda kesaksamaan gender benar-benar tercapai.
Hannah Yeoh turut menekankan stereotaip lapuk seperti tanggapan wanita hanya sesuai berada di rumah, perlu dikikis dan digantikan dengan visi wanita berhak bercita-cita dan melakar kejayaan dalam sukan, akademik dan kepimpinan.
__
Dan, pemain skuasy negara, S Sivasangari tewas kepada pilihan kedua dari Amerika Syarikat pada aksi kumpulan Final Jelajah PSA di Kanada.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi