← Back to list
Napoli Raih Gelaran Ke-4 Serie A
May 24, 2025
Napoli muncul juara Serie A!
Ini selepas mereka tewaskan Cagliari 2-0 pada aksi terakhir liga sekali gus rangkul gelaran Serie A buat kali ke-4.
Scott McTominay dan Romelu Lukaku muncul wira apabila masing-masing jaringkan 1 gol untuk pastikan pasukannya raih gelaran musim ini.
Sementara itu, Inter Milan tamatkan saingan di tempat kedua dalam perlumbaan kejuaraan selepas tewaskan Como 2-0.
.....
Liverpool dilaporkan menghubungi Bayer Leverkusen untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Florian Wirtz untuk musim depan.
.....
3 wakil negara akan meneruskan cabaran pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia hari ini.
Mereka ialah 2 beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong – Tee Kai Wun serta beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah.
Saksikan secara langsung Masters Malaysia bermula 12 tengah hari di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Dalam perkembangan lain, isu titisan air di gelanggang Masters Malaysia bukan disebabkan kebocoran bumbung Axiata Arena, namun akibat kondensasi.
Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Perbadanan Stadium Malaysia telah ambil tindakan segera untuk pastikan kejohanan itu tidak terganggu.
.....
Akhir sekali, MFL mengumumkan pasukan bola sepak JDT dan Selangor FC akan mewakili Malaysia pada saingan AFC dan AFF musim depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi