← Back to list
EPL: Liverpool berpeluang rangkul gelaran juara esok!
Apr 23, 2025
Juara Liga Perdana Inggeris mungkin akan diketahui esok!
Liverpool berpeluang untuk merangkul gelaran juara jika Arsenal tewas pada aksi pertembungan dengan Crystal Palace, awal pagi esok.
Namun pengendali The Gunners, Mikel Arteta tuntut anak buahnya raih tiga mata penuh bagi menyekat misi kemenangan The Reds.
Arsenal kini menghuni tangga kedua liga – kurang 13 mata dengan pendahulu Liverpool.
Saksikan Arsenal lawan Crystal Palace secara langsung di Astro, saluran 811 bermula 3 pagi nanti!
__
Dominic Tan dan Sergio Aguero tidak dapat disenaraikan dalam skuad ASEAN All-Star bagi aksi persahabatan berdepan Manchester United, bulan depan.
FAM berkata dua pemain itu terpaksa disekat susulan terikat dengan komitmen skuad kebangsaan.
__
DPL, FAM sahkan Tan Cheng Hoe secara rasmi menggalas jawatan Pengarah Teknikal Harimau Malaya.
__
Dan, CEO KL City, Stanley Bernard (Stein-Li Ber-nad) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi