Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita sukan

← Back to list

Tottenham Juara Liga Europa!

May 22, 2025


Tottenham menamatkan kemarau 17 tahun tanpa trofi! 

Ini selepas Spurs menewaskan Manchester United 1-0 pada aksi final Liga Europa pagi tadi. 

Brennan Johnson muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan untuk Tottenham pada hujung babak pertama. 

Kemenangan itu sekali gus menjamin tempat Tottenham dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan meskipun berada di tangga ke-17 EPL ketika ini. 

Untuk rekod, kali terakhir Tottenham menjulang trofi ialah pada 2008 ketika menjuarai Piala Liga Inggeris dan ini merupakan kejuaraan Eropah pertama mereka sejak kali terakhir menjuarai Piala UEFA pada 1974. 

..... 

Arsenal dilapor sedang pertimbang untuk mendapatkan pemain Real Madrid, Rodrygo untuk jendela perpindahan musim depan. 

Ini selepas pemain kelahiran Brazil itu dikatakan mungkin meninggalkan Real pada musim panas ini. 

..... 

Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman akan jalani proses pemulihan di rumah kebajikan. 

Persatuan Hoki Terengganu berkata pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri dan keluarga Asmawi untuk tempatkanya di daerah Marang. 

Ketika ini Asmawi ditempatkan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas videonya meracau dan merayau tular di media sosial. 

..... 

Akhir sekali, 10 wakil negara termasuk beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik akan beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Malaysia hari ini. 

Saksikan secara langsung Masters Malaysia bermula 10 pagi ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi
ads-with-us ads-with-us ads-with-us