← Back to list
Regu Malaysia Tundukkan Musuh Tradisi, Thailand
May 16, 2025
Malaysia muncul juara acara regu pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025!
Ini selepas skuad negara tewaskan musuh tradisi, Thailand dengan straight set pada aksi final.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan trio yang dibarisi Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias berjaya mengulangi kejayaan mereka pada edisi lalu.
Ini merupakan kejayaan kedua skuad negara apabila menjuarai acara kuadran sebelum ini.
Sementara itu, Malaysia dijadual berdepan Jepun pada aksi pembukaan saingan regu berpasukan hari ini.
Saksikan secara langsung kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di ASTRO, saluran 801 bermula 3.30 petang ini.
.....
3 wakil negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand hari ini.
Mereka ialah dua beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Arif Junaidi – Yap Roy King serta beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah.
Ikuti aksi langsung Terbuka Thailand di ASTRO, saluran 815 bermula 1 petang ini.
.....
Barcelona sahkan kejuaraan La Liga musim ini selepas tewaskan tuan rumah, Espanyol 2-0 pada aksi pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Barca kini miliki kelebihan 7 mata ke atas pencabar terdekatnya, Real Madrid dengan berbaki 2 lagi perlawanan.
Untuk rekod, ini merupakan gelaran La Liga ke-28 Barca selepas kali terakhir meraihnya pada edisi 2023.
.....
Akhir sekali, Liverpool bersedia mendapatkan pemain Bayer Leverkusen, Jeremie Frimpong untuk musim depan dengan harga 35 juta euro.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi