← Back to list
Guru didakwa tikam anak 11 tahun di Kelantan
May 15, 2025
Seorang guru didakwa atas pertuduhan menikam anak lelakinya berusia 11 tahun dalam kejadian di kediamannya di Pasir Mas, Kelantan, awal bulan lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut laporan, suspek mempunyai masalah mental dan sudah menerima rawatan psikiatrik sejak 2008 sehingga kini.
__
Undang-undang sedia ada mencukupi untuk menjalankan siasatan berhubung nahas mengorbankan sembilan anggota FRU di Teluk Intan, Perak kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia termasuk ke atas pemilik lori muatan batu kerikil yang terbabit dalam nahas berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Perak maklumkan dua daripada sembilan anggota FRU yang cedera sudah dibenarkan keluar dari hospital.
__
Dan, seramai 115 pendidik diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh Perak, esok sempena sambutan Hari Guru.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi