← Back to list
Regu Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Piala Asia 2025
May 15, 2025
Malaysia mara ke separuh akhir acara regu pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025.
Ini selepas skuad negara tewaskan Brunei straight set pada aksi suku akhir malam tadi.
Malaysia dijadual berdepan Vietnam pada peringkat separuh akhir hari ini.
Saksikan secara langsung kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di ASTRO, saluran 801 bermula 12.00 tengah hari.
.....
7 wakil negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand hari ini selepas tundukkan lawan masing-masing.
Antaranya termasuk beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan beregu wanita Pearly Tan – M. Thinaah.
Ikuti aksi langsung Terbuka Thailand di ASTRO, saluran 815 bermula 10 pagi ini.
.....
Beralih ke La Liga, Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk tundukkan Mallorca 2-1 pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Real merapatkan kedudukan dengan pendahulu, Barcelona kepada 4 mata – berbaki 2 lagi perlawanan.
Barca bagaimanapun boleh mengesahkan kejuaraan La Liga musim ini jika berjaya tundukkan Espanyol esok.
.....
Bologna tundukkan AC Milan 1-0 pada aksi final Copa Italia!
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Bologna julang trofi utama pertama mereka sejak 1974.
.....
Akhir sekali, anak lelaki Cristiano Ronaldo membuat penampilan sulungnya untuk skuad bola sepak Portugal bawah 15 tahun pada sebuah kejohanan di Croatia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi