← Back to list
La Liga: Real Madrid berdepan misi wajib menang!
May 14, 2025
Real Madrid berdepan misi wajib menang apabila berdepan Mallorca pada aksi La Liga, awal pagi esok.
Ia susulan pendahulu Barcelona berpeluang mengesahkan kejuaraan jika Real hanya catat keputusan seri atau tewas pada perlawanan tersebut.
Ikuti aksi antara Real dan Mallorca secara langsung di Astro, saluran 820 bermula 3:30 pagi nanti!
__
Skuad regu sepak takraw negara catat kemenangan ketiga berturut-turut pada kejohanan Piala Asia KL 2025!
Malaysia tewaskan Filipina dengan straight set untuk tamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas dengan 6 mata.
Terdahulu, regu negara terlebih dahulu mengesahkan slot ke suku akhir selepas menundukkan Singapura dan Nepal masing-masing dengan kemenangan bersih 2-0.
Malaysia seterusnya akan berdepan Brunei untuk aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa jam 9:30 malam ini dan anda boleh saksikannya secara langsung di Astro Arena, saluran 801!
__
Dan, pemain skuasy wanita utama negara, S Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi