← Back to list
Kami tidak gentar - Fergus Tierney
Jul 09, 2025
Fergus Tierney lahirkan keyakinan terhadap kemampuan skuad bawah 23 tahun negara menjelang saingan Piala ASEAN B-23 di Jakarta, Indonesia, Selasa depan.
Penyerang Harimau Muda itu menegaskan skuad negara tidak gentar untuk berdepan mana-mana lawan dan akan turun dengan misi untuk menang dalam setiap perlawanan.
Malaysia diundi bersama Indonesia dalam Kumpulan A, selain akan berdepan cabaran daripada Filipina dan Brunei dalam usaha merebut slot ke peringkat kalah mati.
__
Malaysia menjadi tumpuan komuniti e-sukan menjelang penganjuran Kejohanan Piala Pertengahan Musim Mobile Legends: Bang Bang.
Ia susulan kelebihan infrastruktur yang menjadikan Malaysia sebagai pilihan lokasi latihan terakhir bagi beberapa pasukan antarabangsa.
__
Dan, Gonzalo Garcia menjadi sandaran Real Madrid apabila berdepan PSG pada aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab, awal pagi esok.
Ia susulan pemain itu menjaringkan empat gol keseluruhan pada saingan berkenaan.
Sementara itu, pengendalinya, Xabi Alonso belum pasti Kylian Mbappe dapat diturunkan dalam kesebelasan utama kerna masih belum 100 peratus cergas.
Kelab yang berjaya catat kemenangan pada aksi itu akan berdepan Chelsea yang tewaskan Fluminense 2-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi