← Back to list
PSG Mara ke Final Liga Juara-Juara
May 08, 2025
PSG tewaskan Arsenal 2-1 pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara.
Fabian Ruiz dan Achraf Hakimi masing-masing jaringkan 1 gol untuk pastikan PSG mara ke final dengan agregat 3-1.
Skuad kendalian Luis Enrique itu akan bertemu Inter Milan pada aksi final nanti.
Untuk rekod, ini merupakan final kedua PSG dalam tempoh lima tahun selepas tewas kepada Bayern Munich pada final 2020.
.....
Napoli dan AC Milan dilapor menjadi pendahulu untuk dapatkan khidmat penyerang Liverpool, Federico Chiesa musim panas ini.
Meskipun pemain Itali itu miliki kontrak selama tiga tahun bersama The Reds namun dia dikatakan ingin berhijrah selepas gagal menyerlah di Anfield.
.....
Sementara itu, Manchester United mahu kekalkan khidmat Bruno Fernandes meskipun pemain itu diintai kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
Pengendalinya, Ruben Amorim Fernandes yang miliki kontrak sehingga 2027 itu merupakan watak penting untuk The Red Devils.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Kelantan Darul Naim nafi pemain Liga Supernya musim ini alami tunggakan gaji lebih daripada 7 bulan.
Pihaknya tegaskan KDN FC sudah melunaskan tiga daripada tujuh bulan tunggakan gaji pemain yang terbabit.
.....
Akhir sekali, 7 wakil negara termasuk pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh akan beraksi pada pusingan kedua Terbuka Taipei hari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi