← Back to list
Newcastle Menghampiri Liga Juara-Juara Musim Depan
Apr 08, 2025
Newcastle tewaskan tuan rumah, Leicester City 3-0 pada aksi tunggal EPL awal pagi tadi.
Dua gol awal dijaringkan Jacob Murphy manakala Harvey Barnes jaringkan satu gol untuk pastikan pasukannya raih 3 mata penuh.
Kemenangan itu sekali gus meletakkan Newcastle di tangga kelima, berkongsi 53 mata dengan Chelsea di tempat keempat.
.....
Dalam perkembangan lain, Ivan Juric sah meninggalkan Southampton selepas pasukan itu tersingkir awal daripada EPL.
Untuk rekod, pengurus berusia 49 tahun itu hanya catat dua kemenangan daripada 16 perlawanan sejak dilantik Disember lalu.
Terdahulu, Southampton sah tersingkir daripada saingan EPL musim ini selepas tewas 1-3 kepada Tottenham.
.....
Beralih ke perlawanan Serie A, Napoli seri 1 sama dengan Bologna pada aksi awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Napoli berada tiga mata di belakang pendahulu liga, Inter dengan baki tujuh perlawanan musim ini.
.....
Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata terdapat kemajuan dalam rundingan kontrak baharunya bersama kelab itu.
Untuk rekod, kontrak pemain berusia 33 tahun itu akan tamat hujung musim ini dan dia masih belum menandatangani lanjutan kontrak.
.....
Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Wolves, Matheus Cunha, dengan klausa pelepasan lebih 60 juta pound.
.....
Akhir sekali, Nigeria nyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2030 selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2003.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi