← Back to list
Chelsea Sahkan Tempat Ke Separuh Akhir Piala Dunia Kelab
Jul 05, 2025
Chelsea mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab.
Ini selepas The Blues tewaskan Palmeiras 2-1 pada aksi suku akhir pagi tadi.
Skuad kendalian Enzo Maresca itu seterusnya akan bertemu Fluminense yang tewaskan Al-Hilal 2-1 awal pagi tadi.
.....
Barcelona dilapor akan kemukakan tawaran baharu untuk mendapatkan pemain sayap Liverpool, Luis Diaz.
Ini berikutan Liverpool tolak beberapa tawaran untuk pembelian pemain berusia 28 tahun itu sambil tegaskan Diaz bukan untuk dijual.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Negeri Sembilan FC umum pemain import, Jovan Motika sah menyertai pasukan itu.
Bekas pemain KL City itu akan memperkuatkan jentera serangan NSFC untuk hadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
.....
Akhir sekali, 4 pasukan akan beraksi untuk penentuan tempat ke-5 hingga ke-8 STL Premier GP Negeri Sembilan.
Mereka ialah Terengganu Turtles, Penang Black Panthers, KL Thunder dan ATM Guardians.
Manakala Johor Tigris, PDRM Defenders, Perak Bison dan tuan rumah, Negeri Sembilan Antlers akan beraksi pada separuh akhir.
Ikuti secara langsung STL Premier GP Negeri Sembilan bermula 2.30 petang ini di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi