← Back to list
Liverpool Buka Buku Takziah Untuk Diogo Jota
Jul 04, 2025
Buku takziah fizikal dan digital untuk memperingati mendiang Diogo Jota kini dibuka untuk peminat seluruh dunia.
Liverpool memaklumkan orang ramai boleh menandatangani buku fizikal tersebut di ruang legar Anfield mengikut waktu yang ditetapkan.
Ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Jota yang maut bersama adiknya dalam nahas jalan raya di Sepanyol semalam.
......
Dalam perkembangan berkaitan, Cristiano Ronaldo sifatkan pemergian Jota sebagai kenyataan yang sukar diterima dunia bola sepak.
Bintang Portugal itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
......
Beralih ke bola sepak tempatan, Malaysia bakal berdepan laluan sukar untuk saingan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah.
Ini selepas skuad Harimau Malaya diundi bersama Tajikistan, Afghanistan dan juga juara bertahan, Iran dalam Kumpulan B.
.....
Akhir sekali, aksi hari ketiga STL Premier GP Negeri Sembilan diteruskan lagi hari ini dengan 3 pasukan akan merebut tiket ke separuh akhir.
Ini menyaksikan Perak Bison akan bertemu Bomba Fighters,
PDRM Defenders menentang Kelantan Warriors,
KL Thunder berdepan tuan rumah, Negeri Sembilan Antlers,
Manakala ATM Guardians bertemu Selangor Pistons.
Ikuti secara langsung STL Premier GP Negeri Sembilan bermula 2.30 petang ini di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi