← Back to list
Harimau Malaya Kini Di Kedudukan Ke-131 Dunia
Apr 04, 2025
Harimau Malaya berada di kedudukan ke-131 dalam ranking dunia terbaru FIFA.
Skuad kendalian Peter Cklamovski itu naik satu anak tangga selepas kumpul 1,123.57 mata.
Kejayaan itu didorong oleh kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Nepal pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 minggu lalu.
Sementara itu, Thailand berada di tangga ke-99, Vietnam ke-109 manakala Indonesia di ranking ke-123.
.....
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah dilaporkan bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia.
Wartawan Astro Arena, Zaki Zainal berkata ini susulan pasangan nombor lima dunia itu sedang dalam perbincangan dengan penaja luar.
.....
Beralih ke aksi tunggal EPL, Enzo Fernandez muncul wira Chelsea apabila jaringkan gol untuk bantu The Blues tewaskan Tottenham 1-0.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Chelsea berjaya pintas Manchester City untuk kembali ke tangga ke-4 liga dengan perbezaan 1 mata.
.....
Dan pemain pertahanan Arsenal, Gabriel akan terlepas baki perlawanan musim ini susulan perlukan pembedahan hamstring.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi