← Back to list
Penyerang Liverpool Diogo Jota meninggal dunia akibat kemalangan
Jul 03, 2025
Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragis penyerang Liverpool, Diogo Jota yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya.
Jota dilaporkan memandu bersama adiknya Andre Silva apabila kenderaan dinaiki terbabas dan terbakar.
Kematian mengejut Jota berlaku hanya dua minggu selepas beliau melangsungkan perkahwinan, menjadikan tragedi itu lebih memilukan buat keluarga dan para peminatnya.
__
MFL beri jaminan jadual Liga Super musim baharu lebih tersusun dan tidak mengalami perubahan pada saat akhir.
Pemangku CEO MFL berkata perkara itu menjadi keutamaan pihaknya dalam usaha meningkatkan profesionalisme dan kredibiliti penganjuran liga tempatan.
Musim lalu menyaksikan jadual Liga Super menjadi topik kritikan dalam kalangan penyokong selepas beberapa perubahan dibuat pada saat akhir sehingga menjejaskan kelancaran liga.
MFL turut memaklumkan jadual rasmi Liga Super akan diumumkan dalam masa terdekat, selepas undian Piala Shopee melibatkan JDT dan Selangor berlangsung Jumaat ini.
__
Dan, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia menggantung lesen seorang jurulatih berbasikal lelaki serta-merta selepas dia didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelatih wanita berusia 15 tahun.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi