← Back to list
Real Madrid mara ke suku akhir
Jul 02, 2025
Real Madrid mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab.
Ini selepas Real tewaskan Juventus 1-0 pagi tadi menerusi jaringan tunggal Gonzalo Garcia pada babak kedua perlawanan.
Skuad kendalian Xabi Alonso itu kini menanti pemenang antara Borussia Dortmund dan kelab Mexico, Monterrey untuk aksi suku akhir.
.....
Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga sah berhijrah ke Arsenal dengan kontrak selama 3 tahun.
Pemain kelahiran Sepanyol itu dilihat akan memberi saingan kepada rakan senegara, David Raya sebagai penjaga gol utama The Gunners.
.....
Bayern Munich diberitakan berminat mendapatkan khidmat Marcus Rashford untuk saingan musim depan.
Ini selepas penyerang Manchester United itu pamer prestasi cemerlang ketika dipinjamkan ke Aston Villa musim lalu.
.......
Arsenal dilapor kemukakan tawaran kepada pemain England, Noni Madueke yang mungkin meninggalkan Chelsea pada musim panas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi