← Back to list
Suku Akhir Piala Sudirman: Malaysia Diundi Berdepan China
May 02, 2025
Malaysia berdepan tugas sukar pada aksi suku akhir Piala Sudirman.
Ini selepas skuad badminton negara diundi berdepan juara 13 kali kejohanan itu dan juga tuan rumah, China hari ini.
Untuk rekod, Malaysia berjaya mara ke peringkat separuh akhir pada edisi 2009, 2021 dan 2023 yang membawa pulang pingat gangsa.
Saksikan secara langsung kejohanan badminton Piala Sudirman di ASTRO, saluran 815 bermula 9.30 pagi ini.
.....
Manchester United tewaskan Athletic Bilbao 3-0 manakala Tottenham kalahkan Bodo/Glimt 3-1 pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan bawa bekalan selasa pada aksi timbal balik minggu depan.
.....
Sementara itu, Manchester United dilapor sedang pertimbang untuk mendapatkan bek tengah Jerman, Jonathan Tah untuk perpindahan musim panas ini.
.....
Beralih ke Liga Konferens UEFA, Chelsea menghampiri final selepas belasah Djurgarden 4-1 pada aksi separuh akhir pertama pagi tadi.
Sementara itu, Real Betis tewaskan Fiorentina 2-1.
.....
Akhir sekali, Nottingham Forest gagal manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-2 kepada Brentford pada aksi tunggal EPL pagi tadi.
Forest terlepas peluang naik ke tangga ke-3 liga dan ketinggalan dua mata di belakang Newcastle di tempat ke-3.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi