← Back to list
Spurs Kejutkan The Gunners Pada Aksi Pramusim
Aug 01, 2025
Tottenham cipta kejutan apabila tewaskan Arsenal 1-0 pada aksi pramusim di Hong Kong.
Gol kemenangan Spurs dijaringkan Pape Matar Sarr pada hujung babak pertama.
Aksi itu turut menyaksikan pemain baharu Arsenal, Viktor Gyokeres membuat penampilan sulungnya bersama The Gunners.
.....
Sementara itu, Barcelona benam FC Seoul 7-3 pada aksi persahabatan di Korea Selatan.
Lamine Yamal dan Ferran Torres masing-masing jaringkan dua gol untuk pastikan Barca raih kemenangan besar.
.....
Hannah Yeoh minta semua pihak beri ruang kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Negara, Kenneth Jonassen untuk atur perancangan terbaik.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata demikian susulan prestasi hambar pemain perseorangan negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2025.
Sebelum ini, legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei minta Jonassen tidak diberi tekanan yang tinggi kerana masih baharu di Akademi Badminton Malaysia.
.....
Akhir sekali, beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei akan memulakan aksi suku akhir Badminton Terbuka Macau hari ini.
5 lagi wakil negara akan turut beraksi termasuk beregu lelaki, Arif Junaidi – Yap Roy King yang akan berdepan rakan senegara, Azriyn Ayub – Tan Wee Kiong.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi