Kredit gambar utama: Created by Rawpixel.com - Freepik.com
Tanyalah mana-mana rakyat Malaysia, rata-rata tak boleh hidup tanpa nasi. Berapa kali korang makan nasi sehari? Kebiasaannya satu atau dua kali sehari, kan? Selain makan dengan lauk-pauk, banyak makanan dihasilkan daripada beras seperti roti, laksam dan kuih muih.
Sebab tu pemilihan beras terbaik penting, bukan je mengenyangkan tetapi boleh bekalkan zat-zat yang diperlukan untuk tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak serta zat-zat logam seperti besi, kalsium dan sulfat.
Untuk pastikan nasi korang ambil adalah yang terbaik, korang kenalah tengok pada jenis beras yang dipilih.
#1 Beras Putih
Beras ni dah dibersihkan sehingga warnanya putih berkilat. Ada banyak jenis beras putih di pasaran. Ada beras putih keluaran tempatan, ada pula yang diimport dari Thailand, Pakistan dan Australia.
Beras ini sedap dimakan dengan lauk pauk, dibuat nasi goreng atau nasi lemak. Beras putih paling digemari rakyat Malaysia dengan rata-ratanya memilih Jasmine’s Super5.
#2 Beras Basmathi

Kredit: Pexels
Beras ini diimport dari lokasi di sekitar Kashmir India dan Pakistan yang berbau harum tanpa campuran pewangi, amat panjang, tak berderai dan berstruktur lembut. Beras ini cuma tumbuh di kaki bukit pergunungan Himalaya dan mendapat sumber air serta mineral semulajadi dari glasier Himalaya. Beras ini boleh memanjang dua kali ganda selepas dimasak.
Terdapat tiga jenis beras basmathi iaitu dikukus, direbus dan tradisional. Beras basmathi parboiled mempunyai 80% kadar nutrisi menyamai beras perang dan rendah kadar indeks glisemik serta kaya mineral dan vitamin. Beras basmathi ni memang sedap kalau dibuat nasi beryani, nasi arab dan makanan pedas seperti kari. Korang boleh cuba beras PusaGold, PusaCream, Royal PusaGold atau BasmathiKing.
#3 Beras Wangi
Beras ini diimport dari Thailand, Vietnam dan Australia. Beras wangi mempunyai bau yang harum dan setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat, lembut. Beras ini juga tidak menyebabkan paras gula korang meningkat. Pakar nutrisi mencadangkan makanan yang diambil setiap hari perlulah seimbang dan lengkap dengan karbohidrat (daripada nasi), daging, sayur dan buah-buahan.
Beras ini sedap dimasak nasi ayam, nasi lemak dan dimakan bersama lauk pauk. Kalau korang nak try beras wangi ni, bolehlah cuba Jasmine Sunwhite dan RoyalSiam.
#4 Beras Perang

Beras pilihan mereka yang pentingkan kesihatan kerana beras ni tinggi kandungan serat. Beras ni tidak dikisar atau hanya dikisar separuh dan masih mempunyai selaput perang yang memang kaya dengan zat galian seperti kalsium, selenium, zink, magnesium dan fosforus serta vitamin B1, B3, B6, sedikit protein dan ‘rice bran oil‘.
Beras ni baik untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah dan mempunyai indeks glisemik lebih rendah. Korang yang nak kawal paras gula dalam darah tu, apa kata korang cuba Sunbrown Original.
Tak kiralah korang makan beras mana, setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Korang boleh ketahui lebih lanjut dengan berkunjung ke Hari Beras 2018 anjuran Jasmine dan Tefal yang berlangsung pada 17 hingga 21 Oktober ini di 1 Utama Shopping Centre.

So guys, apa tunggu lagi? Jom serbu Hari Beras 2018 ni! Ada pelbagai acara menarik, teknik masakan serta makanan sihat berasaskan beras. Bukan tu je, ada cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan oleh IJN dan pelbagai aktiviti menarik.
Korang yang datang ni berpeluang bawa balik pek beras 500g (Sunwhite, PusaCream, SunBrown) dan resipi sihat dengan chef selebriti Dato' Jaafar Onn, Ili Sulaiman, Fami Taufeq dan Debbie Teoh!
Layari di sini atau Facebook Jasmine Food untuk info lanjut!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.