Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar pelbagai berita palsu yang ditularkan menerusi aplikasi media sosial, khasnya WhatsApp.
Disebabkan itu, aplikasi yang dimiliki oleh syarikat Facebook ini telah mula menghadkan penerima mesej yang dikongsikan hanya kepada seorang penerima pada satu-satu masa.
Memetik laporan dari TechCrunch, fungsi itu akan bermula hari ini kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.
Sebelum ini, WhatsApp telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghadkan penerima mesej yang dikongsikan hanya kepada lima penerima sahaja.
Kini, ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan juga penularan berita palsu, WhatsApp hanya membenarkan satu penerima sahaja daripada mesej yang di-fowardkan.
Dalam perkembangan lain, syarikat berkenaan kini sedang berkerjasama dengan beberapa organisasi lain di dunia seperti WHO untuk mewujudkan talian kecemasan yang akan membantu kira-kira 2 bilion pengguna aplikasi berkenaan.
Sumber: TechCruch
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.