Seorang warga emas berusia 93 tahun berkemahiran tinggi bermain permainan lumba kereta melalui YouTube.
Bekas pemandu teksi itu tular di media sosial apabila cucunya memuatnaik aksi datuknya sedang bermain permainan perlumbaan kereta itu.
Video itu jelas menunjukkan lelaki itu sedang fokus bermain dan dia merupakan pelumba terbaik bagi e-sukan itu bagi generasinya.
Dia mula berminat bermain permainan itu kerana ia mengingatkan ketika berkhidmat sebagai pemandu teksi suatu ketika dulu.
Cucunya banyak membantu ketika beraksi dalam permainan, malah dia memilih kereta jenis Mazda Savanna RX7 iaitu ketika yang pernah dimilikinya ketika muda dahulu.
Biarpun sudah lanjut usia, ia tidak menghalang individu ini menceburi bidang e-sukan yang diminati generasi muda.
Sumber: Japan Insides
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.