Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Wanita Sangka Lampin Anak, Rupanya ‘Buang’ Barang Kemas - “Suami Saya Pantas Kejar Lori Sampah, Minta Bantuan Pekerja”

Nasib baiklah dapat balik tau!
Muhammad Izwan Zainal
23 Feb 2022, 02:58 PM

Baru-baru ini, seorang wanita tular di media sosial apabila terbuang barangan kemas miliknya akibat terlalu sibuk mengemas rumah dan menjaga anak tunggal lelakinya yang masih kecil berusia empat bulan. 

wanita sangka lampin anak, rupanya ‘buang’ barang kemas - “suami saya pantas kejar lori sampah, minta bantuan pekerja”

Menurut Rohaya Ismail, dia berkongsi kejadian tersebut berlaku di kediamannya di Kuarters Balai Polis Telok Ayer Tawar dan secara tidak sengaja serta di luar jangkaannya. 

“Ketika saya sedang mengemas rumah, saya sudah pegang beg kecil yang berisi empat bentuk cincin dan seutas gelang tangan, namun, anak saya, Muhammad Wafi Aidin Muhammad Rafiuddin, tiba-tiba menangis, lalu menukar lampin sebelum meletakkan beg tersebut di sebelah lampin terpakai. 

“Kemudian, tanpa fikir panjang, saya terus kumpul lampin dan sampah-sampah lain termasuk beg yang berisi barang kemas itu dan membuangnya ke dalam tong sampah,” katanya.

wanita sangka lampin anak, rupanya ‘buang’ barang kemas - “suami saya pantas kejar lori sampah, minta bantuan pekerja”

Suaminya yang juga pemain bola sepak Penang FC, Muhammad Rafiuddin Roddin bertindak pantas menghubungi abangnya, Mohd. Yusuf Ismail untuk mencari lori sampah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Ketika itu, abang saya kejar lori sampah yang kebetulan masih mengutip sampah di sekitar Telok Ayer Tawar, lalu, meminta pertolongan pekerja MBSP untuk mencari barangan kemas yang saya anggap ada nilai sentimental yang tinggi kerana membelinya semasa zaman anak dara lagi. 

“Meskipun saya beranggapan peluang untuk menjumpai barangan kemas itu tipis , namun, saya reda dan pasrah jika barangan itu tidak dijumpai,” katanya.

Pelbagai perbincangan dan prosedur dilaluinya oleh pihak MBSP sebelum bersetuju dan memberi kebenaran untuk mencari barangan kemas tersebut.

wanita sangka lampin anak, rupanya ‘buang’ barang kemas - “suami saya pantas kejar lori sampah, minta bantuan pekerja”

Kira-kira jam 9 pagi mereka berhempas pulas untuk mencari barangan kemas berkenaan di Depo Operasi Pembersihan Tasek Gelugor.

“Operasi tersebut berakhir dan barangan kemas berjaya ditemukan kira-kira pukul 1 petang. Syukur sangat sebab ada insan yang begitu amanah dan bertanggungjawab dalam pekerjaan. 

“Semoga sikap amanah dan jujur mereka menjadi contoh buat semua dan saya harap MBSP dapat memberi anugerah kepada 10 pekerja yang bertungkus-lumus mencari barang kemas tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan,” katanya.

Pasangan itu bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk mencari barangan kemas isterinya itu akibat kelalaian terbuang secara tidak sengaja.

Sumber: Utusan Online
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}