Seorang wanita bertindak terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di kilometer 7.4 arah pulau namun ditemui dalam keadaan selamat oleh nelayan.
Berusia 27 tahun, kira-kira pukul 2.40 petang mangsa didakwa meninggalkan motosikal miliknya di tepi tembok jambatan sebelum terjun ke laut.
Pengguna jambatan yang sedang dalam perjalanan menghala ke arah Seberang Perai mendapat perhatian dan melaporkan kejadian tersebut.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan, pihaknya mengesahkan ada menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 2.47 petang tadi dan anggota pantas dikerahkan ke lokasi.
“Wanita terbabit telah bertindak terjun dari jambatan berkenaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
“Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai yang berada berhampiran lokasi kejadian dan kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis marin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.