Seorang wanita Afrika Selatan, Amber Fillary melakar sejarah apabila memecahkan rekod dunia Guinness World Records dengan berenang sejauh 90 meter di bawah lapisan ais.
Dua tahun lalu di Oppsjo, Norway, dia juga pernah mencipta rekod sama dengan berenang sejauh 70 meter.
Memetik laporan United Press International (UPI), wanita tersebut sah telah mencapai kejayaan dengan memecahkan rekodnya sendiri dan mencipta rekod baharu tersebut di Kongsberg, Norway.
Lebih mencabar, wanita itu tampil berani melakukan renangan tanpa menggunakan bantuan peralatan renang atau sut selaman.
“Sejak usia 15 tahun, saya bertarung dengan masalah anoreksia, bulimia dan kemurungan. Saya menghabiskan usia awal 20-an di pusat rehabilitasi. Saya juga ketagih arak dan beberapa kali cuba membunuh diri.
“Namun, air memberi ketenangan kepada saya ketika saya bergelut dengan kehidupan ini,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.