Semalam kecoh apabila tular sebuah video tentang kesesakan orang ramai di Rumah Prihatin @ Grand Seasons yang kononnya menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara.
Salah faham punca kesesakan itu berlaku, pengambilan vaksin secara tanpa janji temu untuk warga asing sebenarnya adalah di pusat pemberian vaksin (PPV) Bukit Jalil dan bukan di Rumah Prihatin @ Grand Season.
Menurut kenyataan Pengurusan Rumah Prihatin @ Grand Seasons, pihaknya memaklumkan hanya menerima vaksinasi tanpa janji temu untuk warganegara Malaysia, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kurang upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan.
“Pada peringkat awal, kami mengambil tindakan bersama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Bagaimanapun, keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan polis dan DBKL.
“Program vaksinasi ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan pihak lain. Kami kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan bantuan pihak berkuasa, bagi memastikan kejadian ini tidak berulang,” katanya.
Kejadian itu menjadi tumpuan pengguna media sosial apabila video berdurasi tujuh minit 15 saat itu memaparkan suasana kesesakan dengan tiada penjarakan fizikal di luar perkarangan premis tersebut.
Ia juga menimbulkan kegusaran orang ramai mengenai keselamatan warga asing yang berada di situ yang terdedah dengan jangkitan COVID-19.
Sumber: Awani / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.