Pasangan suami isteri antara dua negara iaitu Malaysia dan Korea ini semakin dikenali ramai menerusi laman Youtube mereka, DurianKimchi.

Selain aktif di Youtube, pasangan Ryzal dan isterinya, Maryam juga aktif di laman sosial Instagram.
Terbaru, menerusi Instagram @maryamyunrrr, Ryzal yang sering menyakat isterinya telah mencuba filter yang membuatkan Maryam berubah bentuk.


Dalam video tersebut, Ryzal menyuruh Maryam berjalan sementara dia merekodkannya menggunakan filter.
Dengan menggunakan filter ini pun, pasangan Malaysia-Korea ini mampu membuatkan ramai terhibur, dengan rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman berkenaan.


Sementara itu, pasangan DurianKimchi ini juga tercalon dalam finalis Influencer PKP ERA dalam ERA Digital Muzik Awards 2020 (EDMA). Undi artis favourite korang sekarang sehingga 18 Januari 2021 --> Undi Sekarang!
Sumber: Instagram @maryamyunrrr
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.