Malam semalam, 30 Oktober 2019 merupakan hari terakhir buat semua peniaga di uptown yang cukup terkenal di ibukota, iaitu Uptown Danau Kota.
Selepas 13 tahun beroperasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis pemindahan lokasi ke sebuah tapak baru yang kini dalam proses pembinaan.
Terletak di sebelah JPJ Wangsa Maju, nama uptown ini akan dikenali sebagai Bazaria Wangsa Maju. Namun untuk sementara waktu, peniaga akan ditempatkan untuk sementara di atas bekas loji kumbahan bersebelahan SK Danau Kota.
Berita pemindahan Uptown Danau Kota ini juga telah dikongsikan oleh akaun Asal Gombak di Twitter.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih atas berita penutupan Uptown Danau Kota ini dan masing-masing mengimbau kenangan berkunjung ke night market di ibukota berkenaan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.