Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Tiada Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, Dan STAM Tahun Ini

Ia berikutan pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia ketika ini
Editor
15 Apr 2020, 09:37 PM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.

siap sedia, lebih 400 ribu calon akan ambil keputusan spm 2019 pada 5 mac depan

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan juga mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan KPM.

“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya dalam sidang media.

Sementara itu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diadakan pada Suku Pertama tahun 2021, manakala Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester kedua akan ditunda ke bulan Ogos 2020 dan Semester Ketiga kepada suku pertama 2021.

tiada peperiksaan upsr, pt3, spm, dan stam tahun ini

Sumber: Awani / Astro Radio News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us