Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis, 13 Mei ini.
Sekitar jam 8 malam Selasa, pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut dalam norma baharu selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 12 Mei sehingga 7 Jun, 2021.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.